Akademi Lembah Ilmu
Laluan Huffaz Ke Mercu Kejayaan
Pengambilan 2025 kini dibuka
Akademi Lembah Ilmu atau AKLI adalah sebuah institusi pendidikan yang dibangunkan khusus membantu pelajar lepasan tahfiz dan madrasah untuk mendapatkan tiket bagi menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi
Modul pembelajaran AKLI dibangunkan bagi menyelesaikan cabaran pelajar lepasan dan madrasah yang telah ketinggalan dalam pendidikan akademik selama bertahun-tahun. Modul ini sangat membantu pelajar untuk menguasai sukatan pembelajaran dalam tempoh yang singkat.
Berkonsepkan HUFFAZ MASTERI SPM , Modul AKLI dicipta agak berbeza menggunakan kaedah ‘backward design’, dengan menggabungkan kaedah pengajaran yang berfokus kepada pencapai keputusan yang cemerlang serta latih tubi yang berterusan terbukti berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
Pengalaman lebih sedekad mengendalikan program ini dengan bukti kejayaan cemerlang pelajar serta mengekalkan rekod sifar pelajar gagal SPM selama dua tahun berturut-turut memberi keyakinan kepada ibu bapa dan pelajar tentang kemampuan dan komitmen berterusan AKLI untuk membantu pelajar lepasan tahfiz dan madrasah ini.
Impian AKli ingin melihat golongan huffaz ini berjaya mendapat sekeping tiket untuk meneruskan pengajian ke menara gading dan menjadi golongan teknokrat yang akan membangunkan negara ini berteraskan al-Quran dan sunnah.
Anda Pelajar Lepasan Tahfiz dan Madrasah Yang Berusia 16 Tahun Dan Ke Atas
Sudah Khatam Hafazan Atau Menamatkan Syahadah Atau Ingin Bertukar Ke Aliran Akademik?
Mari Sertai Program Masteri Huffaz Akademi Lembah Ilmu
Program Khusus Untuk Lepasan Tahfiz Membuat Persediaan Awal
Sebelum Menduduki Sijil Menengah Agama Tahfiz Quran, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Penekanan terhadap subjek kritikal seperti Matematik dan Bahasa Inggeris dan penguasaan khusus terhadap subjek Bahasa Arab
bagi para pelajar yang ingin menyambung pengajian dalam bidang agama
Tahukah anda bahawa :
Program yang disepadukan dengan kelas pengulangan al-Quran bagi menjaga hafazan para pelajar
Aliran yang ditawarkan:
Terdapat Aliran Dini (Kurikulum Bersepadu Dini),
Aliran Sains (STEM)
Aliran Teras
Pensijilan Sijil Menengah Agama (SMA) Dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Quran (SMATQ)
Disediakan Sebagai Laluan Menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
Konsep pembelajaran
Nilai Tambah
Terdapat Nilai Tambah Tekno Tahfiz dan kemahiran komunikasi dan pengucapan awam Untuk Menyediakan Pelajar Tahfiz Berdaya Saing Di Luar Sana
Dermasiswa Disediakan Untuk Pelajar Yang Layak
Dermasiswa yuran bulanan khusus kepada 25 orang pelajar yang telah khatam 30 juzuk
atau mempunyai sijil syahadah untuk mengikuti aliran Dini dan menduduki peperiksaan sijil Menengah Agama Tahfiz Quran
Maklumat Dan Pertanyaan, Layari www.lembahilmu.edu.my Atau Hubungi 016-307 4141
Lembah Ilmu, Mencipta Kejayaan, Merintis Masa Depan
Kadar Yuran
Kos sebenar yuran bulanan (darab 22 hari sebulan)
Makan 3x sehari = RM15 = RM330
Penginapan (berhawa dingin) RM10 sehari = RM220
Kelas Akademik (6 jam sehari)RM30 sehari = RM660
Kelas Al-Quran RM10 sehari = RM220
Kelas Tuisyen Malam (1 jam sehari) RM10 = RM220
Jumlah bayaran sebulan = RM1650
Namun pelajar hanya bayar 850 sahaja !!
Apa yang anda dapat dengan nilai yuran serendah ini?
KELEBIHAN AKLI
✅Kampus dengan lengkap dengan fasiliti pembelajaran setaraf dengan standard sekolah antarabangsa serta di kelilingi oleh kehijaun bukit bukau dan udara yang segar
✅Penggunaan teknologi dalam Pendidikan dengan model ‘apple classroom’ sebagai alat bantu mengajar dalam setiap kelas
✅ Pengurusan cekap dan sistematik dengan Penarafan Empat Bintang Daya Saing PKS oleh SME Corporation Malaysia
✅ Kelas pengukuhan al-quran
✅ Guru yang berkelayakan dan berpengalaman luas dalam pengajaran trek pantas SPM selama 13 tahun
✅ Mempunyai modul khusus masteri SPM yang dibangunkan bersama pasukan penyelidik universiti untuk pembelajaran secara interaktif dan komprehensif
✅ Mempunyai kaunselor terlatih yang akan membantu untuk kaunseling hala tuju dan motivasi peperiksaan
Kejayaan terbukti
Fasiliti yang lengkap dan kondusif serta mempunyai standard keselamatan
Kerjasama dengan ahli akademik untuk pembangunan program Masteri Huffaz